SELAMAT DATANG KE SISTEM PENDAFTARAN KEAHLIAN ONLINE (eKhairat) BADAN KHAIRAT KEMATIAN KOTA SAS KUANTAN PAHANG (PPM-022-06-27082015)
MATLAMAT
MEMBERI BANTUAN KEWANGAN APABILA BERLAKU KEMATIAN AHLI ATAU TANGGUNGAN AHLI TERMASUK (SUAMI/ ISTERI, ANAK, IBU/BAPA/MERTUA, NENEK/DATUK) YANG TINGGAL BERSAMA AHLI.
SYARAT KEAHLIAN
MESTILAH PENDUDUK KOTA SAS DAN BERUMUR 16 HINGGA 60 TAHUN SAHAJA.
JENIS KEAHLIAN
AHLI BIASA – YURAN PENDAFTARAN RM 50 + YURAN TAHUNAN RM50
AHLI SEUMUR HIDUP – YURAN PENDAFTARAN RM 50 + YURAN SEUMUR HIDUP RM500
BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN
Atas kematian ahli sendiri RM 1500 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus sahaja)
Atas kematian isteri/suami ahli RM 1500 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus sahaja)
Atas kematian anak ahli RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja).Tertakhluk kepada syarat-syarat anak masih bujang dan berumur 25 tahun ke bawah atau anak kurang upaya atau anak angkat yang berdaftar.
Atas kematian ibu/bapa (termasuk mertua) yang tinggal bersama ahli. RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja)
Atas kematian nenek/ datuk yang tinggal bersama ahli - minima RM300 (Ringgit Malaysia - Tiga Ratus sahaja)
ANDA BERMINAT MENJADI AHLI? SILA IKUTI ‘MANUAL PENDAFTARAN AHLI’ UNTUK PERMOHONAN MENJADI AHLI SECARA ONLINE.
PERINGATAN : YURAN TAHUNAN AHLI MESTILAH DIJELASKAN SEBELUM FEBRUARI SETIAP TAHUN